• Isi borang tempahan di dalam http://www.kedairm2murahjimat.com/borong
  • Kakitangan kami akan hubungi anda untuk proses tempahan.
  • Deposit 70% di perlukan sebelum tempahan di proses.
  • Tempahan yang kami sediakan adalah berdasarkan stok barang yang ada pada masa tersebut.
  • Pembelian secara walk in atau melalui website tidak ada warranty.
  • Buat pembayaran ke akaun CIMB syarikat seperti yang dinyatakan di bawah.
  • Apabila anda membuat pembayaran, pihak kami beranggapan anda telah SETUJU berurusan dengan kami mengikut tatacara dan syarat syarat yang kami tetapkan. 
  • Jadi sebarang pertikaian / tarik diri / minta refund tidak akan di layan.
  • Sila baca syarat dan terma ini dengan lengkap sebelum membuat pembayaran.
  • Tunggu pengesahan bayaran dan maklumat penghantaran daripada kami.
  • Barang akan sampai kepada anda melalui kurier/ lori / van.
  • Jangka masa penghantaran dalam 7-14 hari bekerja.
  • Kos penghantaran kami akan maklumkan kemudian selepas barang siap di packing.
    • Setiap bayaran perlu dibuat ke account 8601059927 – QDF PARADIGM ENTERPRISE (CIMB)
    • Setelah anda membuat bayaran, wassapp slip di 016-6243287
    • Sila nyatakan nama dan alamat penghantaran dalam wassapp anda.
    • Deposit 70% di perlukansebagai bayaran awal.
    • Baki 30% di bayar sebelum barang naik lori / kurier untuk penghantaran.
    • Kami tidak mengambil bayaran semasa / selepas barang sampai ataupun secara consignment.
    • Untuk pembayaran menggunakan cek, packing bermula selepas cek clear.

Kepada pelanggan kami yg di hormati, Apabila  anda membeli barang, kami akan beri anda 2 jenis warranty. Warranty ini adalah pilihan (optional) boleh tolak jika tidak mahu. Pelanggan akan kami caj 5% dari jumlah pembelian keseluruhan jika ingin ambil warranty. Pembayaran ini tidak akan di pulangkan jika tiada  claim dalam tempoh 3 bulan.

Contoh : Beli RM2000, caj warranty 5% x RM2000 = RM100

Jika  ada  barang-barang yang rosak semasa penghantaran, anda boleh pulangkan kepada kami dan kami akan ganti yang baru / refund duit.

  • Kos penghantaran barang tersebut kepada kami dan kos penghantaran semula kepada anda,  di tanggung  sepenuhnya oleh pihak anda.
  • Kami tidak akan ke premis anda untuk ambil barang atau hantar barang tersebut.
  • Jika anda datang ambil sendiri barang di kedai kami, tiada warranty kerosakan di berikan  memandangkan  kerosakan berlaku di sebabkan kecuaian di pihak anda.
  • Warranty bermula 7 hari dari tarikh barang sampai ke tangan anda.
  • Anda boleh pilih untuk dapatkan tukaran barang yang sama ataupun barang lain.
  • Anda boleh pilih barang yang ada dalam store kami sahaja.
  • Untuk urusan warranty ini, pihak kami hanya akan berurusan dengan pembeli asal, bukan ahli keluarga  pembeli, saudara mara ataupun staff.
  • Barang yang rosak MESTI DI PULANGKAN terlebih dahulu sebelum kami proses untuk di tukar dengan yang lain.

Jika ada barang-barang yang tak boleh di jual, anda boleh tukarkan dengan barang lain yang ada di store kami.

  • Warranty ini sah utk anda yang beli ikut pakej sahaja.  Jika anda pilih sendiri barang / beli ikut katalog, tiada warranty akan di beri.
  • Warranty bermula pada hari ke7 sehingga 90 hari barang sampai ke tangan anda .
  • Tiada pertukaran barang sebelum dari jangka masa ini.
  • Pihak kami tidak akan menerima sebarang penukaran jika warranty telah tamat tempoh walaupun sehari.
  • Kos penghantaran untuk pemulangan barang dan pengiriman semula barang di tanggung oleh anda. 
  • Kami tidak akan ke premis anda untuk ambil barang atau hantar barang tersebut.
  • Hanya 1 kali penukaran barang sahaja di benarkan.
  • Anda boleh pilih untuk dapatkan tukaran barang yang sama ataupun barang lain.
  • Anda boleh pilih barang yang ada dalam store kami sahaja.
  • Untuk urusan warranty ini, pihak kami hanya akan berurusan dengan pembeli asal, bukan ahli keluarga pembeli, saudara mara ataupun staff.
  • Barang yang hendak di tukar mestilah dalam keadaan asal dan baik seperti mana awal2 kami beri dahulu kepada anda. Bukan dalam keadaan telah di repack, kotor, rosak, bertanda harga dan lusuh.
  • Kami berhak untuk tidak menerima tukaran barang yang bukan dalam keadaan baik seperti asal.
  • Kami berhak untuk menolak penukaran barang yang kami dapati bukan dari syarikat kami (beli dari orang lain tapi hendak di tukar dengan kami).
  • Setiap cawangan MESTI buat pembelian min RM5000 sebulan selama 12 bulan atau RM60,000
  • setahun mulai dari tarikh di surat ini.
  • Setiap pembelian selama 12 bulan akan dapat rebate / diskaun 2%.
  • Cawangan mesti berniaga menggunakan jenama Murah Jimat selama setahun mulai dari tarikh surat perjanjian. 
  • RM5000 ini akan di pulangkan selepas tamat tempoh perjanjian. 
  • Pemulangan wang RM5000 adalah dalam bentuk barangan bukan nya wang tunai.
  • Sekiranya dalam masa 3 bulan tidak membuat pembelian bulanan atau tidak meneruskan perniagaan,
  • Wang RM5000 di kira hangus dan tidak di pulangkan. 
  • Commitment fees RM5000 adalah untuk kedai yang menggunakan jenama Murah Jimat sahaja.

Barang – barang yang kami bekalkan TIDAK SAMA dengan barang – barang dari kedai RM2 lain seperti ECO SHOP, DIY dan lain – lain. Sila rujuk gambar di katalog untuk kepastian. Jika anda inginkan barang seperti di kedai lain, sila berurusan dengan kedai tersebut untuk urusan pembelian borong. Jadi kami tidak akan melayan isu tidak puas hati sebab tak sama dengan barang2 di kedai lain.

Barang yang kami sediakan memang boleh di jual dengan harga RM2 (melainkan barang promosi). Jika anda packing sendiri barang yang kami telah sediakan dengan alasan ingin bersaing dengan kedai lain, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian anda.

Semua barang yang kami bekalkan cukup dari segi kuantiti nya dan telah di periksa beberapa kali sebelum di hantar. Semua barang di tanda mengikut delivery order. Tidak timbul isu kami beri barang TIDAK CUKUP sepanjang kami beroperasi. Periksa betul2 kuantiti barang mengikut list yang kami telah sediakan. Jika  anda  tidak pasti nama barang, kira jumlah keseluruhan barang. Jumlah nya pasti sama dengan quotation asal yang kami beri.

Untuk penghantaran barang menggunakan lori, kami menggunakan khidmat syarikat kurier lori yang mana dalam satu lori ada banyak barang orang lain turut sama, bukan barang anda sahaja. Jadi penghantaran akan ambil masa 3-4 hari, bukan hari ni hantar esok sampai.

Untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak, kami menggunakan khidmat Pos Malaysia sepenuhnya. Penghantaran menggunakan udara dan mengambil masa 14 hari untuk sampai. Kos di tanggung sepenuhnya oleh pembeli. Ada kes terjadi di mana kotak di geledah, koyak dan barang berterabur bila sampai ke pembeli. Bila siasatan dan aduan di lakukan, menurut Pos Malaysia kotak di geledah oleh pihak kastam untuk mengesan penyeludupan barang terlarang. Ini di luar bidang kuasa kami dan sekiranya ada barang yang hilang, kami akan gantikan semula dengan yang lain.

Jika anda tidak ingin berniaga lagi dan ingin lelong barang, hubungi kami kerana kami sudi untuk mengambil semua stok tersebut. Harga bergantung pada keadaan barang sebab ada keadaan kami terpaksa menukar packaging barang dan ada yang terus kami jual dengan harga lusuh. Menukar packaging maksudnya ada kos tambahan yang terlibat. Harga yang kami tawarkan untuk barang lelong antara RM0.70 ke RM0.80 satu barang. Bayaran kepada anda adalah secara ansuran jika melibatkan jumlah yang besar kerana kami memerlukan masa untuk menjual semula barang tersebut.

Semua makluman penting di atas adalah masalah berbangkit yang berulang kali  terjadi  walaupun penerangan melalui mulut telah di berikan. Jadi saya harap dengan penerangan bertulis ini tidak ada lagi masalah sebegini akan berulang.

Anda berhak untuk menolak berurusan dengan kami jika tidak bersetuju dengan apa yang di nyatakan. Dan kami juga beranggapan anda bersetuju dan  telah memahami apa juga syarat dan terma di atas jika meneruskan urusan jual beli dengan kami.  Jadi sebarang pertikaian selepas itu dalam masalah yang sama TIDAK AKAN DI LAYAN.

Hubungi Kami

QDF Paradigm Enterprise (NS0120280-A), No 14 & 15, Jalan Nyior Hijau 2, Taman Nyior, 70100 Seremban, N.Sembilan
016.624.3287

Kami di Media Sosial

Perlu Bantuan?