1) Pengalaman Luas
Saya bermula 13 tahun dulu dari peniaga uptown, buka kedai sendiri sehinggalah menjadi pemborong. Semua tahap kami dah lalui.
Pengalaman ini tidak boleh di beli dari buku, di ceritakan oleh pemborong lain. Tidak kira dari tahap mana anda ingin bermula, nak niaga kecil kecilan dahulu ke, nak buka kedai ke, kami boleh bantu.
Kami bantu ajar macam mana nak buat duit dengan bisnes ni. Bukan sekadar bekal kan anda barang murah lepas tu tinggalkan anda terkial2 jual barang.
Itu bukan cara kami.
2) Kami Ada EBOOK Panduan Bisnes Kedai RM2
Tidak ada syarikat lain buat ebook lengkap seperti kami. Yang ada modul khas untuk anda yg tak tahu apa2 tapi ingin berniaga.
Saya masa mula-mula berniaga dulu, tak de sesiapa pun ajar saya. Saya banyak rugi, buat silap. Saya langgar dinding , jatuh dan bangun semula.
Jadi saya tak mahu anda hadapi perkara yang sama. Jangan ulangi apa yang saya dah lalui. Anda belajar dgn saya, ada 30 topik dan bila dah yakin baru mulakan bisnes ini.
Setakat ni lebih dari 2000 orang telah beli ebook ini.
Harganya cuma RM60 sahaja.
Murahkan?
Dah tentulah murah jika mampu elakkan anda rugi RM600 atau RM6000 atau RM60, 000 dari buat kesilapan sebab try n error. Kami guide anda terus cara yang betul. Jimatkan masa anda.
3) Harga Barang Rendah dan Tetap
Produk kami ada lebih 3000 jenis dan harganya bermula RM1.20 satu barang.
Ada barang kecil dan barang besar. Kami tak perdayakan orang dengan letak “harga serendah RM0.80″ tapi hakikatnya barang tu tak boleh jual RM2. Harga pasarannya dalam RM1 jer..
Buat customer marah je kat kita. Lagi teruk jika nak jual RM2 kena repack pula.
Satu kerja tambahan pula kena buat..
4) Jaminan 3 Bulan
Ini satu perkara berani mati yang kami buat dalam syarikat kami.
Kami beri 3 bulan jaminan atas setiap barang yang kami bekalkan.
- Tak laku boleh tukar dengan barang lain.
- Risiko barang tak laku kami yang tanggung.
Ada pemborong lain berani buat?
Anda tak akan jumpa. Kami jamin!!
Ada sesetengah pemborong awal-awal bagitahu barang yang di beli tak boleh dipulangkan.
5) Modal Yang Rendah
Pakej kami paling rendah cuma RM750 sahaja, tak perlu modal ribu2 untuk bermula. Anda boleh bermula dengan niaga depan rumah, perlahan2 upgrade sehingga mampu buka satu kedai.
Ada pemborong lain terang-terang beritahu modal terbaik untuk bermula dalam RM30,000.
Berapa kerat orang kita yang ada modal sebesar tu?
Kalau tak de modal, tak boleh ke buat bisnes ini?
Silap tu. Kami dah buktikan modal serendah RM750 pun boleh.
6) Online Katalog
Kami mempunyai satu web yang lengkap dengan borang tempahan dan katalog secara online. (www.kedaiRM2murahjimat.com/borong)
Katalog kami di update selalu jadi anda boleh rujuk gambar untuk tempahan di mana2 sahaja.
Tak perlu susah2 datang dari jauh pilih barang di store Seremban (nak datang pun boleh, lagi bagus!!).
Jadi urusan tempahan barang sangat mudah, tersusun dan cepat. Anda isi borang tempahan, buat pembayaran dan kami pos barang anda.
7) Latihan Lengkap Di Sediakan
Setiap bulan kami ada buat training khas di pusat latihan kami di Seremban. Dalam seminar ini, kami akan explain pada anda dari A to Z selok belok perniagaan ini. Founder Mr.Nizam akan menjawab segala persoalan dan kemusykilan yang timbul.
Sekiranya anda tidak dapat hadir di Seremban, ada training rakaman video di sediakan.
Ada 22 video selama 16 jam rakaman untuk anda lihat berkali-kali sampai pitam.
Anda akan di masukkan dalam group support whatsapp untuk sebarang soalan berbangkit.
8) Ada Masalah Modal? Kami Boleh Bantu
Bantuan yang kami beri bukanlah bantuan pinjaman kewangan dari bank atau ah long tapi ada satu cara lain. Kami akan ajar sesiapa yang berminat untuk BUKA KEDAI RM2 TANPA MODAL KITA SESEN PUN.
Teknik kumpul modal ini saya pernah guna pakai masa buka 2 cawangan kedai dahulu dan terbukti berjaya. Namun teknik ini bukan PERCUMA dan bukan sesuai untuk semua orang.
Saya akan ajar sesiapa yang join seminar saya sahaja.
9) Konsep Kedai RM2 Terbaru
Tahun 2018 kami telah perkenalkan satu konsep kedai RM2 baru yang mana dalam kedai ini akan ada satu ruang untuk kiosk makanan segera.
Kiosk ini sangat mudah di kendalikan dan memberi pulangan yang lumayan. Modal kiosk ini tak sampai pun RM10,000 tapi boleh memberi pulangan 5 angka sebulan. Konsep kiosk dalam kedai serbaneka telah di perkenalkan oleh 7 Eleven, Kedai Mesra Petronas dan beberapa kedai serbaneka lain .Memang terbukti berjaya menarik lebih ramai pelanggan ke kedai kita dan berbelanja lebih lagi. Menarik kan?
10) Store Borong Di Seremban
Tahun 2020, kami telah mengorak langkah berani dengan membuka gudang borong sebesar 2400kps di Tmn Nyior, Seremban.
Ada lebih 3000 jenis barang ready stock ada di sini. Pelanggan kami yang berdaftar boleh datang dan beli secara cash n carry.
Tidak perlu lagi tunggu lama untuk dapatkan barang.
Store beroperasi 10pg – 5ptg setiap hari kecuali Ahad.